Thursday, September 6, 2012

Segalanya Berubah...

Salam..
Aku poskan entri kali ni.masih blur sebenarnya,tak tahu apa yg perlu aku buat untuk kembalikan keceriaan seperti dulu.riak diwajah memang nampak ceria,seronok,gembira je.tp hakikatnya dalam hati,terdetik satu perasaan "mengapa menjadi hambar saat diri ingin melangkah ke alam bahagia?" itulah 1 persoalan yg aku x mampu jawab. Mengapa dirinya tidak seperti dahulu? Kemana hilang dirinya yang pernah aku kenali satu waktu dahulu?Akukah puncanya? Adakah ini ujian untuk ku Ya Allah...Kuatkan hati ku..semoga tenang menghadapi waktu2 begini.tanamkan dalam diri sentiasalah berfikiran positif.Andai waktu ini boleh diputar semula,aku ingin perbetulkan semua kesilapan yg aku telah lakukan kepadanya. Cuma aku terfikir,jika sudah tiada sayangnya untuk ku,janganlah diteruskan hubungan ini.Aku tidak mahu menyeksa hatinya untuk menerima diri ku. Aku rela mengundurkan diri untuk melihat kebahagiaannya.Dan aku sedar,selama ini aku bukanlah yg terbaik untuk mu.Maafkan aku.Aku berusaha untuk menjadi yg terbaik dalam hidup kamu.tapi kadang kala aku tewas dengan jarak ini.ku mohon maaf kerana sikapku yang menginginkan perhatian mu sering kali mengganggu.Perhatian yang ku cari selama ini,yg tidak aku peroleh semenjak aku dewasa.yang sering aku simpan di dalam hati.yang ku telan sendiri pahit manisnya...jika kehilanganku adalah lebih baik,jika pergi dari hidup kamu adalah lebih menenangkan kamu,hanya ungkapan Selamat Tinggal mampu aku ucapkan.Pedih,sedih..kerana aku tak mahu segalanya berakhir begini,tetapi jika semuanya hambar begini..hmmm..Maafkan aku.Semoga kamu bahagia di sana.wslm.

Wednesday, August 15, 2012

Untuk peringatan bersama...

assalamualaikum...

ape khbr sahabat & kengkawan yang len...

harap2 semuanya sihat disamping kerja-kerja yang semakin membelenggu kite...

exam dh nk dekat...so....main,main jugak...study jgn lupe...jgn sampai nk exam nti,bru nk study....haru-biru jadinye...hehe...(cakap je org,empunya blog pun sama..)anyway,hari ni,utk post out kali ni ade benda yang nk dikongsikan...mybe bg kite xde ape sgt cume kite slalu terlepas pandang dengan keadaan sekeliling kita...

mungkin bagi kite menguap merupakan perkara biasa tapi hakikatnya,orang yang menguap tidak menutup mulut (maksudnye ternganga la...),maka akan masuk iblis dan syaitan.

kalau kite ingat lagi,masa kite kecik2 dulu,mak kite ataupun org len,kalau tgok kite menguap,mesti die suruh kite tutup mulut.sebabnye diorang tau,bile menguap xtutup mulut,syaitan akan masuk. Dan dari situ plak masuk bercampur dalam darah,mengacau dan menjahanamkan manusia melalui beberapa pancaindera lain misalnya mata,telinga dan anggota2 lain.(sebab 2 kite tgok lepas 2 tangan kite gatal nk usik orang...otak jadi beku dan perlakuan kaku...(blur..) dan bermacam2 lagi keje xberfaedah yg kite buat...

(agak2nye bile tulis post out ni,keje ni...berfaedah x???..hehe...)

so...kepada semua kawan2 & saudara saudari kite,ingat2 kan la di antara 1 sama lain tentang perkara2 yg kdg2 kite ambil mudah tetapi sebenarnye mempengaruhi diri kite,kehidupan harian kite..(ada yang sampai kdg2 tu,menguap mcm badak sumbu je lagaknye..jgn marah,cume sama2 kite memperbaiki kelemahan diri...)

A Simple Me..^_____^

Assalamualaikum...salam berpuasa,salam lebaran yg kian tiba. Tahun ni rasa x bersemangat nk raya,mungkin raya tahun ni bukan untuk ku. Mungkin dengan lambakan kerja dan kehidupan ku yg agak2 terganggu sejak akhir2 ni membuatkan aku rasa x bersemangat. Walaupun lagu raya dah berapa kali diulang tapi rasa x seronok. Teringat aku satu pesan,bila hati gundah gulana,zikir dan ingatlah kepada Allah,nescaya Allah sentiasa bersama kita. Satu ketika aku teringat, terimbas kembali saat beraya dengan kawan2 semaktab dulu. Indahnya zaman belajar. Sekarang zaman kerja pula. jadi,aku kena sesuaikan dengan keadaan sekeliling. Alhamdulillah,kawan2 di sekolah sangat membantu dan memberi semangat. Ada yang suka mengusik dan membuatkan aku x pernah kering gusi.(^_____^) Bila duduk sorang2 mcm ni,teringat kakak2 mengusik aku. Anak2 murid pun sekarang makin rajin buat kerja sekolah dan hasilnya,aku berpuas hati. Alhamdulillah,mereka tunjukkan kebolehan mereka dalam menjawab soalan ujian bulanan. Seronok dan menitis airmata bila murid yang di ajar lulus dengan baik. Syukur Alhamdulillah,rasa x sia2 mengajar sepenuh hati,itulah kepuasan seorang guru. Tiada apa yang di inginkan melainkan lulus dengan baik dan cemerlang. Senyum je cikgu bila tanda kertas ujian bulanan.Anak murid terima markah pun senyum je. Cakap tentang raya,tahun ni aku beraya kat Utara. Cuti sakan betul,cume kena siapkan kerja untuk di observe nanti. Biasalah tu,dah nama pun cikgu.Bujang ke,kawin ke semua ada kerja.tapi aku tak ambil pusing pun,insyaAllah aku cuba selesaikan sebelum sekolah mula. Bukan apa,kalau raya saja,xda kerja pun boring juga.Sekurang2nya takdelah lupa mcm mna nk tulis dlm Buku Ringkasan Mengajar.kekeke...(^_______^) Teringat pada encik A.senyap je dia berape hari ni,mungkin betul2 sibuk agaknya.aku sedang belajar memahami dia. Mungkin dengan cara ni kami lebih menghargai antara satu sama lain. teringin nk berbuka puasa bersama,tp takde kesempatan mungkin lain kali ade waktunya.Raya tahun ni kami sedondon warna purple,aik..mcm berjanji pulak. Kebetulan sebenarnya..Ayah ibu pun nk raya kt Utara tahun ni,siap bawak pakcik makcik lagi,riuhlah rumah kami nanti,dah lama x rasa suasana mcm tu. haaa...kebetulan pulak,tahun ni raya dengan family,tahun depan InsyaAllah beraya dengan suami,kekeke..Amin.Untuk semua rakyat Malaysia,yang beragama Islam,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,maaf zahir dan batin.Adik2 pun dh beratur hulur tangan nk duit raya,seronok betul bila adik2 balik.Ku panjatkan doa moga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Syurga.Amin..

Monday, July 30, 2012

Renungan Bersama..^__^

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

MENANTI JANJI BERTAUT..~

Assalamualaikum...morning dear...bangun hari ni rasa bersemangat..lagi2 bila bulan puasa..rsa cekang mata,xmau tido..Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi Allah memberi peluang untuk hati ini merasa kebahagiaan...dan aku harapkan kebahgiaan ini kekal hingga ke Jannah..itu doaku setiap hari..mengapa aku berkata demikian..hati ku telah dihuni..bukan makhluk perosak ye...tetapi seorang insan yg terbuka hatinya menerima segala kekurangan dan kelebihan ku..hakikatnya diri ku masih kekurangan.namun Allah telah kurniakan kepada ku seseorang untuk membimbingku dan menjadikan diri ku lebih baik..membentuk diri ku menjadi muslimah yg lebih baik,yang mengingatkan aku tentang dunia dan akhirat,yang sentiasa bersama ku saat aku jatuh di tekan kisah dahulu,dan dialah yg sudi menjadi pembimbing ku hingga ke akhir hayat ku..Alhamdulillah..sedar x sedar sudah beberapa bulan hidup menjadi tunangan orang,tipu jika aku katakan tidak pernah selisih faham,namun sabar yg ada dlm dirinya mengajar aku untuk menjadi sepertinya.saat aku murung,sedih dan marah...dialah penawarnya..setiap hari doa ku mohon agar Allah memanjangkan hubungan kami hingga ke syurga..kerana niat ku bukan untuk bermain cinta atau sekadar bermain kata,tetapi kini menuju masjid..itulah harapan ku setiap hari.Syukur..atas doa dan restu ayah dan ibu serta bakal mertua ku..insyaAllah..tanggal 14 Disember 2012 akan menjadi detik terindah buat ku dan dirinya.aku akan berusaha menajdi isteri yang terbaik buat dirinya dan mencuba membahagiakan dirinya sepenuh hatiku.insyaAllah..biarkan kenangan lalu tersimpan rapi,dan aku x mahu membukanya lagi,aku ingin memulakan hidup baru,bangun dari kekecewaan semalam, dan berusaha untuk melakukan yg terbaik utk bakal suami ku..InsyaAllah...to my dear Ali,terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.semoga kasih syg yg kita bina kekal hingga ke Jannah.kelak,bimbinglah aku dalam mencapai keredhaan Nya..amin ya rabbala'alamin..^_____^

Saturday, January 29, 2011

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya...

assalamualaikum...ohaiyoooooo...:)
wah!! seronoknye hari ni!!! kenapa ye?? adela~(eh2,aku jwb sendiri)huhu..xde ape sgt cuma hari ni tiba2 hati aku rase lapang sgt...macam ade satu benda yg lega sgt..huhu..tp kdg2 rsa mcm ade runtunan hati la..kenapa ye?hmm..malas nk fikir...tahun 2011 ni...xmau fikir yg menyedihkan dh.tutup buku lama n then buka buku baru.untuk tahun 2011 ni,aku berdoa dan berharap agar Allah mempermudahkan segala kerja2 kebaikan yg aku hasratkan..aku makin ingin mendekati Nya,buat persiapan untuk praktikum yg akan aku lalui beberapa hari je lg,buat persiapan untuk Action Research terchenta,hehe,mencuba untuk jadi lebih matang dalam kehidupan lagi2 bila usia mula nak mencecah 23 ni(hehe),mengeratkan silaturrahim sesama rakan kat maktab,memberikan yg terbaik untuk ibu & ayah ku yg sememangnya memberikan tanggungjawab kepadaku..insyaAllah,aku akan terus cuba untuk melaksanakannya. tahun 2011 ni jgk,aku berdoa supaya kehidupan ku lebih baik berbanding 2010,aku berdoa supaya hari2 yg aku lalui akan berjalan dengan lebih baik,aku berharap hati ni lebih tabah,lebih sabar,lebih redha dgn apa sahaja yg akn aku lalui,insyaAllah.semangat yg aku ada untuk buat yg terbaik untuk semester ni biarlah berkekalan sampai semester 8 nti..kawan2,doakan untuk saya ye...:)
ha..baru nk masuk ke tajuknye,td 2 sume muqaddimah.hehe..cakap tentang 'terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnye'.bercakap tentang ni,aku nk berkongsi sikit dengan kawan2 tntg ni,banyak pengalaman yg aku dapat tahun lepas (2010) & tahun2 sebelumnya,ade 1 kes,aku sendiri yg mengalaminya,tapi aku ambilnya sebagai 2 iktibar,ha...selalunye satu je kn,tp ni 2..benda ni blaku mase tahun 2008,di suatu petang yg nyaman,sedang aku leka dengar lagu smbil guna headphone,aku dgr ada org berborak,aku xkisah la..mula2 buat x layan je,tapi dalam masa berborak,aku tdengar sok sek2..xkisah lagi..dalam masa yg sama aku pelankan volume lagu yg aku dgr.rupanya,sedar x sedar ada hamba Allah yg tgh sedap bercerita tentang aku..aku xpercaya sebab selama ni aku sgt2 percaya pada die,aku hormat kt dia..tp ni yg aku dapat..aku rasa nk menangis masa 2..mungkin dia ingat aku pasng headphone & x dengar kot..tp 2 la,kuasa Allah.& sampai skrg,aku sukar nk mempercayai apa yg dia katakan bila bercakap dgn aku.syukur,sebab aku masih ada kesabaran bila berhadapan dengan dia..apepun,ingat2lah kawan2..sambil aku pn mengingatkan diri sendiri...hadoyai...dh ngntuk plak..oklah,lets sleep!hehe..nyte2 sume..syg kamu semua!salam..:)