Monday, July 30, 2012

Renungan Bersama..^__^

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

MENANTI JANJI BERTAUT..~

Assalamualaikum...morning dear...bangun hari ni rasa bersemangat..lagi2 bila bulan puasa..rsa cekang mata,xmau tido..Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi Allah memberi peluang untuk hati ini merasa kebahagiaan...dan aku harapkan kebahgiaan ini kekal hingga ke Jannah..itu doaku setiap hari..mengapa aku berkata demikian..hati ku telah dihuni..bukan makhluk perosak ye...tetapi seorang insan yg terbuka hatinya menerima segala kekurangan dan kelebihan ku..hakikatnya diri ku masih kekurangan.namun Allah telah kurniakan kepada ku seseorang untuk membimbingku dan menjadikan diri ku lebih baik..membentuk diri ku menjadi muslimah yg lebih baik,yang mengingatkan aku tentang dunia dan akhirat,yang sentiasa bersama ku saat aku jatuh di tekan kisah dahulu,dan dialah yg sudi menjadi pembimbing ku hingga ke akhir hayat ku..Alhamdulillah..sedar x sedar sudah beberapa bulan hidup menjadi tunangan orang,tipu jika aku katakan tidak pernah selisih faham,namun sabar yg ada dlm dirinya mengajar aku untuk menjadi sepertinya.saat aku murung,sedih dan marah...dialah penawarnya..setiap hari doa ku mohon agar Allah memanjangkan hubungan kami hingga ke syurga..kerana niat ku bukan untuk bermain cinta atau sekadar bermain kata,tetapi kini menuju masjid..itulah harapan ku setiap hari.Syukur..atas doa dan restu ayah dan ibu serta bakal mertua ku..insyaAllah..tanggal 14 Disember 2012 akan menjadi detik terindah buat ku dan dirinya.aku akan berusaha menajdi isteri yang terbaik buat dirinya dan mencuba membahagiakan dirinya sepenuh hatiku.insyaAllah..biarkan kenangan lalu tersimpan rapi,dan aku x mahu membukanya lagi,aku ingin memulakan hidup baru,bangun dari kekecewaan semalam, dan berusaha untuk melakukan yg terbaik utk bakal suami ku..InsyaAllah...to my dear Ali,terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.semoga kasih syg yg kita bina kekal hingga ke Jannah.kelak,bimbinglah aku dalam mencapai keredhaan Nya..amin ya rabbala'alamin..^_____^

Saturday, January 29, 2011

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya...

assalamualaikum...ohaiyoooooo...:)
wah!! seronoknye hari ni!!! kenapa ye?? adela~(eh2,aku jwb sendiri)huhu..xde ape sgt cuma hari ni tiba2 hati aku rase lapang sgt...macam ade satu benda yg lega sgt..huhu..tp kdg2 rsa mcm ade runtunan hati la..kenapa ye?hmm..malas nk fikir...tahun 2011 ni...xmau fikir yg menyedihkan dh.tutup buku lama n then buka buku baru.untuk tahun 2011 ni,aku berdoa dan berharap agar Allah mempermudahkan segala kerja2 kebaikan yg aku hasratkan..aku makin ingin mendekati Nya,buat persiapan untuk praktikum yg akan aku lalui beberapa hari je lg,buat persiapan untuk Action Research terchenta,hehe,mencuba untuk jadi lebih matang dalam kehidupan lagi2 bila usia mula nak mencecah 23 ni(hehe),mengeratkan silaturrahim sesama rakan kat maktab,memberikan yg terbaik untuk ibu & ayah ku yg sememangnya memberikan tanggungjawab kepadaku..insyaAllah,aku akan terus cuba untuk melaksanakannya. tahun 2011 ni jgk,aku berdoa supaya kehidupan ku lebih baik berbanding 2010,aku berdoa supaya hari2 yg aku lalui akan berjalan dengan lebih baik,aku berharap hati ni lebih tabah,lebih sabar,lebih redha dgn apa sahaja yg akn aku lalui,insyaAllah.semangat yg aku ada untuk buat yg terbaik untuk semester ni biarlah berkekalan sampai semester 8 nti..kawan2,doakan untuk saya ye...:)
ha..baru nk masuk ke tajuknye,td 2 sume muqaddimah.hehe..cakap tentang 'terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnye'.bercakap tentang ni,aku nk berkongsi sikit dengan kawan2 tntg ni,banyak pengalaman yg aku dapat tahun lepas (2010) & tahun2 sebelumnya,ade 1 kes,aku sendiri yg mengalaminya,tapi aku ambilnya sebagai 2 iktibar,ha...selalunye satu je kn,tp ni 2..benda ni blaku mase tahun 2008,di suatu petang yg nyaman,sedang aku leka dengar lagu smbil guna headphone,aku dgr ada org berborak,aku xkisah la..mula2 buat x layan je,tapi dalam masa berborak,aku tdengar sok sek2..xkisah lagi..dalam masa yg sama aku pelankan volume lagu yg aku dgr.rupanya,sedar x sedar ada hamba Allah yg tgh sedap bercerita tentang aku..aku xpercaya sebab selama ni aku sgt2 percaya pada die,aku hormat kt dia..tp ni yg aku dapat..aku rasa nk menangis masa 2..mungkin dia ingat aku pasng headphone & x dengar kot..tp 2 la,kuasa Allah.& sampai skrg,aku sukar nk mempercayai apa yg dia katakan bila bercakap dgn aku.syukur,sebab aku masih ada kesabaran bila berhadapan dengan dia..apepun,ingat2lah kawan2..sambil aku pn mengingatkan diri sendiri...hadoyai...dh ngntuk plak..oklah,lets sleep!hehe..nyte2 sume..syg kamu semua!salam..:)

Friday, January 14, 2011


kad 2 special utk ibu ku..^_^


wah!!the robotic! hehe ^_^


with mr.dustbin..hehe

Aku dambakan DUNIA itu..

salam...ape kbar smua?? huhu...dh lame rsenye x menulis or bt penulisan ni kn?hehe...sedar x sedar,dh setahun rupenye..cepat btul masa berlalu.kali terakhir coretan ku tntg kehancuran jiwa...tp sygnye,kali ni pn tntg kehancuran jiwa jgk..dn yg lebih sayu bila segalanya dh berakhir...berakhir?? ya....segalanya sudah berakhir..mst ade yg tertanya bagaimana ia berakhir? dengan mudah aku lafazkan..."biarlah..,aku x mahu mengenangnya lagi." bagi ku terlalu perit dan aku perlukan beberapa bulan utk mngubatinya..dn sepanjang beberapa bulan itulah,sedar xsedar hanya linangan airmata yg menemani malam2 ku..tp alhamdulillah,dengan bantuan kwn2,aku dpt bgun semula meneruskan sisa2 pengajian ku di sini..klu x,mungkin aku kini berada di hospital kerana bt pmbedahan mata sbb byk sgt menangis..huhu.bila difikirkan balik..alangkah kurang cerdiknya aku kerana menangis kerananya..tp apakan daya,saat 2 hanya baris2 keramat yg menghiasi jiwa,sebab 2 aku x mampu melupakannya,namun kini,alhamdulillah..aku bersyukur sgt2 kerana kehidupan ku kini lebih baik,aku akui,segala apa yang aku lalui sebenarnya menjadi satu pengalaman yg amat berharga utk diri ku.pengalaman yg mengajar ku erti lebih bersedia utk menempuh cabaran hidup,pengalaman yang mengajar aku untuk lebih bersedia utk dilukai bila aku sudah mula menyayangi..dan yg pasti,pengalaman inilah yg membawa aku lebih dekat kepada Nya..Subhanallah...segalanya telah Kau tentukan hanya yg terbaik utk hamba Mu..aku redha..dan saat aku tulis ini,senyuman kelapangan terterap pada wajah ku.Terima kasih Ya Allah..kerana cepat menyedarkan aku dari kealpaan ini.untuk dirinya,aku masih mendoakan kebahagiaan utk dirinya walaupun dgn siapa. utk kwn2 juga,doa ku sentiasa mengiringi kalian,semoga kalian bertemu dengan insan yg benar2 memahami diri kalian.satu pesan ku..TERIMALAH DIRINYA SEADANYA..kerana sekiranya kita telah menetapkan di hati,dialah selayaknya untuk kita,terimalah dirinya seadanya,andai ada kekurangannya,cubalah perbaiki sikit2,jgn terus kau minta perubahan drastik yg nti akan memakan diri sendiri,hargailah kelebihan yang ada pda dirinya,insyaAllah..segalanya akan menjadi lebih baik.jangan berat mengucap MAAF,jgn berat mengucap TERIMA KASIH,laluilah dgn keimanan,insyaAllah.."terang2 lampu bersuluh,walau luaran ku tenang tapi hati ku hancur luluh". apa lagi yg mampu ku katakan...tahun 2010,aku lalui saat2 yg cukup genting,makin menginjak dewasa,mkin aku cube menahan dugaan hidup.ape yg mampu aku ucap slalunya,"takpelah.."dan aku harap biarlah kata itu yg menjadi semangat dlm setiap langkah ku..buat ayah dn ibu,terima aksih kerana membesarkan aku(yg sememangnye besar)menjaga aku,melahirkan aku,sehinggalah sekarang..terima kasih x terhingga,utk adik2 ku,terima kasih juga kerana membuatkan zaman kanak-kanak ku begitu riang disamping kamu semua. buat rakan2 dr aku mengenali erti kawan hinggalah sekarang,terima kasih kerana kamu smua adalah sebahagian dari pengalaman hidup ku..ntah bile lagi dpt aku coret di sini..huhu,apepun terima kasih semua..bak kata loreal paris,"kerana diri mu begitu berharga"..take care semua..salam :)

Tuesday, October 6, 2009

Mencari cinta hakiki..

salam..
kali ni aku mencoret dalam hati yg masih gundah gulana..ntah la,smpai bile keresahan ni akn berakhir..jwpnnya...ada pada diriku sendiri..saat tangan mula menaip bicara dan hati terus memendam cerita...aku tetap dgn laptop ksygn ku...dn menghadap blog kesyanganku...tmpt aku meluah cerita mencurah rasa...sedar x sedar..sudah 4 bulan aku mengenali seorang insan yg kini istimewa dalam hidupku..mengenalinya membuatkan aku xpernah sunyi bila bersamanya...jarang diam bila bersua dan pasti kekekan tawa bergema..sungguh...insan ini telah mencuri hatiku,sebagaimana dirasai insan lain...aku juga begitu.tipu jika aku katakan aku tak bahagia dan dusta bila aku katakan tiada sengketa..namun itulah kehidupan. perkenalan yg tjadi membawa hatiku terus dibuai mimpi..senyum dan tawa setiap hari dan itulah insan penghibur dikala sunyi..yg nyata,aku bahagia bila dia gembira. tapi sayangnya...langit tak selalu cerah,hujan yg turun xsemua basah..dalam aku cuba mencari kebahagiaan,dugaan demi dugaan datang melanda. kadang kala aku tertanya,dimana silapnya? hm...tp siapalah aku untuk menyalahkannya kerana bagiku tak semua yg kita mahu akan dapat kita miliki...begitu juga cinta...walaupun kdg kala kita merasakan dia lah yg terbaik utk kita tapi Yang Maha Esa lebih mengetahui setiap perjalanan hamba Nya..dan aku memulakan langkah mengundur diri,mengharapkan agar hati dapat aku ubati sendiri..bukan kali pertama tp aku tetap terima apa yg terjadi..namun,buat mu insan istimewa,aku tak pernah menyalahkan dirimu,dirinya mahupun sesiapa.mungkin ini telah tertulis utk ku dan aku tak pernah menyalahkanNya atas apa yg terjadi.aku terima dengan hati yg tbuka dan mengharapkan masih ada sinar bahagia utk ku teruskan kehidupan yg singkat bagiku. aku harapkan dapat terus menjadi insan yg terbaik utk mu dan yg pasti utk keluarga ku. perjalanan ku masih jauh dan masih ada tanggungjawab yg perlu aku pikul yg hanya aku seorang merasainya. namun,aku tahu,aku takkan boleh mengundur diri,tp biarlah aku menjadi seorang sahabat kepada mu. izinkan aku menjadi bahu tempatmu menangis dan teman dikala kau sunyi. andai ada masalah yg menimpa mu,aku akn terus membantu selagi ada hayatku. dan aku mengharapkan hanya kebahagiaan yg terus mengiringimu. apapun..terima kasih teman atas bantuan yg kau berikan. aku hargainya. cume pesanku utk dirimu dan juga buat sahabat2 ku yg lain..hargailah sahabat2 kita kerana kita belum tahu yg akan datang nanti lebih baik utk kita atau sebaliknya. dan aku di sini..tetap meneruskan hidupku. walaupun kasih syg itu bukn milikku lagi. aku terus mencari cinta hakiki..yg pasti cinta pd Ilahi..hanya pada Dia tempat aku ceritakan segalanya.Dia yg memahamiku.Dia yg menciptaku.Dia yg mengetahui isi hatiku.Dia yg menentukan kisah hidupku dan pada Dia tempat aku mengadu. aku kongsikan luahan ini bukn utk mencerca tp utk ingatan kita bersama. doaku agar kebahagiaan akn terus menjadi milik kita dan yg lain. buat dirinya,izinkan aku mengundur diri.andai sudah ditetapkan bersama,takkan lari gunung dikejar. maaf jika aku pernah berbuat salah pada sahabat2 ku. aku akan belajar menjadi insan baru yg lebih tabah dalam menempuh kehidupan yg makin mencabar buat aku. terima kasih kerana pernah menggembirakan hati ini. buat teman2 teruslah mencari cinta hakiki,nescaya kasih sayang dari Nya akan kau miliki...utk hati...teruslah tabah dlm menempuh ombak duniawi..salam.