Monday, July 30, 2012

Renungan Bersama..^__^

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

MENANTI JANJI BERTAUT..~

Assalamualaikum...morning dear...bangun hari ni rasa bersemangat..lagi2 bila bulan puasa..rsa cekang mata,xmau tido..Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi Allah memberi peluang untuk hati ini merasa kebahagiaan...dan aku harapkan kebahgiaan ini kekal hingga ke Jannah..itu doaku setiap hari..mengapa aku berkata demikian..hati ku telah dihuni..bukan makhluk perosak ye...tetapi seorang insan yg terbuka hatinya menerima segala kekurangan dan kelebihan ku..hakikatnya diri ku masih kekurangan.namun Allah telah kurniakan kepada ku seseorang untuk membimbingku dan menjadikan diri ku lebih baik..membentuk diri ku menjadi muslimah yg lebih baik,yang mengingatkan aku tentang dunia dan akhirat,yang sentiasa bersama ku saat aku jatuh di tekan kisah dahulu,dan dialah yg sudi menjadi pembimbing ku hingga ke akhir hayat ku..Alhamdulillah..sedar x sedar sudah beberapa bulan hidup menjadi tunangan orang,tipu jika aku katakan tidak pernah selisih faham,namun sabar yg ada dlm dirinya mengajar aku untuk menjadi sepertinya.saat aku murung,sedih dan marah...dialah penawarnya..setiap hari doa ku mohon agar Allah memanjangkan hubungan kami hingga ke syurga..kerana niat ku bukan untuk bermain cinta atau sekadar bermain kata,tetapi kini menuju masjid..itulah harapan ku setiap hari.Syukur..atas doa dan restu ayah dan ibu serta bakal mertua ku..insyaAllah..tanggal 14 Disember 2012 akan menjadi detik terindah buat ku dan dirinya.aku akan berusaha menajdi isteri yang terbaik buat dirinya dan mencuba membahagiakan dirinya sepenuh hatiku.insyaAllah..biarkan kenangan lalu tersimpan rapi,dan aku x mahu membukanya lagi,aku ingin memulakan hidup baru,bangun dari kekecewaan semalam, dan berusaha untuk melakukan yg terbaik utk bakal suami ku..InsyaAllah...to my dear Ali,terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.semoga kasih syg yg kita bina kekal hingga ke Jannah.kelak,bimbinglah aku dalam mencapai keredhaan Nya..amin ya rabbala'alamin..^_____^