Thursday, September 6, 2012

Segalanya Berubah...

Salam..
Aku poskan entri kali ni.masih blur sebenarnya,tak tahu apa yg perlu aku buat untuk kembalikan keceriaan seperti dulu.riak diwajah memang nampak ceria,seronok,gembira je.tp hakikatnya dalam hati,terdetik satu perasaan "mengapa menjadi hambar saat diri ingin melangkah ke alam bahagia?" itulah 1 persoalan yg aku x mampu jawab. Mengapa dirinya tidak seperti dahulu? Kemana hilang dirinya yang pernah aku kenali satu waktu dahulu?Akukah puncanya? Adakah ini ujian untuk ku Ya Allah...Kuatkan hati ku..semoga tenang menghadapi waktu2 begini.tanamkan dalam diri sentiasalah berfikiran positif.Andai waktu ini boleh diputar semula,aku ingin perbetulkan semua kesilapan yg aku telah lakukan kepadanya. Cuma aku terfikir,jika sudah tiada sayangnya untuk ku,janganlah diteruskan hubungan ini.Aku tidak mahu menyeksa hatinya untuk menerima diri ku. Aku rela mengundurkan diri untuk melihat kebahagiaannya.Dan aku sedar,selama ini aku bukanlah yg terbaik untuk mu.Maafkan aku.Aku berusaha untuk menjadi yg terbaik dalam hidup kamu.tapi kadang kala aku tewas dengan jarak ini.ku mohon maaf kerana sikapku yang menginginkan perhatian mu sering kali mengganggu.Perhatian yang ku cari selama ini,yg tidak aku peroleh semenjak aku dewasa.yang sering aku simpan di dalam hati.yang ku telan sendiri pahit manisnya...jika kehilanganku adalah lebih baik,jika pergi dari hidup kamu adalah lebih menenangkan kamu,hanya ungkapan Selamat Tinggal mampu aku ucapkan.Pedih,sedih..kerana aku tak mahu segalanya berakhir begini,tetapi jika semuanya hambar begini..hmmm..Maafkan aku.Semoga kamu bahagia di sana.wslm.

No comments: