Thursday, September 6, 2012

Segalanya Berubah...

Salam..
Aku poskan entri kali ni.masih blur sebenarnya,tak tahu apa yg perlu aku buat untuk kembalikan keceriaan seperti dulu.riak diwajah memang nampak ceria,seronok,gembira je.tp hakikatnya dalam hati,terdetik satu perasaan "mengapa menjadi hambar saat diri ingin melangkah ke alam bahagia?" itulah 1 persoalan yg aku x mampu jawab. Mengapa dirinya tidak seperti dahulu? Kemana hilang dirinya yang pernah aku kenali satu waktu dahulu?Akukah puncanya? Adakah ini ujian untuk ku Ya Allah...Kuatkan hati ku..semoga tenang menghadapi waktu2 begini.tanamkan dalam diri sentiasalah berfikiran positif.Andai waktu ini boleh diputar semula,aku ingin perbetulkan semua kesilapan yg aku telah lakukan kepadanya. Cuma aku terfikir,jika sudah tiada sayangnya untuk ku,janganlah diteruskan hubungan ini.Aku tidak mahu menyeksa hatinya untuk menerima diri ku. Aku rela mengundurkan diri untuk melihat kebahagiaannya.Dan aku sedar,selama ini aku bukanlah yg terbaik untuk mu.Maafkan aku.Aku berusaha untuk menjadi yg terbaik dalam hidup kamu.tapi kadang kala aku tewas dengan jarak ini.ku mohon maaf kerana sikapku yang menginginkan perhatian mu sering kali mengganggu.Perhatian yang ku cari selama ini,yg tidak aku peroleh semenjak aku dewasa.yang sering aku simpan di dalam hati.yang ku telan sendiri pahit manisnya...jika kehilanganku adalah lebih baik,jika pergi dari hidup kamu adalah lebih menenangkan kamu,hanya ungkapan Selamat Tinggal mampu aku ucapkan.Pedih,sedih..kerana aku tak mahu segalanya berakhir begini,tetapi jika semuanya hambar begini..hmmm..Maafkan aku.Semoga kamu bahagia di sana.wslm.

Wednesday, August 15, 2012

Untuk peringatan bersama...

assalamualaikum...

ape khbr sahabat & kengkawan yang len...

harap2 semuanya sihat disamping kerja-kerja yang semakin membelenggu kite...

exam dh nk dekat...so....main,main jugak...study jgn lupe...jgn sampai nk exam nti,bru nk study....haru-biru jadinye...hehe...(cakap je org,empunya blog pun sama..)anyway,hari ni,utk post out kali ni ade benda yang nk dikongsikan...mybe bg kite xde ape sgt cume kite slalu terlepas pandang dengan keadaan sekeliling kita...

mungkin bagi kite menguap merupakan perkara biasa tapi hakikatnya,orang yang menguap tidak menutup mulut (maksudnye ternganga la...),maka akan masuk iblis dan syaitan.

kalau kite ingat lagi,masa kite kecik2 dulu,mak kite ataupun org len,kalau tgok kite menguap,mesti die suruh kite tutup mulut.sebabnye diorang tau,bile menguap xtutup mulut,syaitan akan masuk. Dan dari situ plak masuk bercampur dalam darah,mengacau dan menjahanamkan manusia melalui beberapa pancaindera lain misalnya mata,telinga dan anggota2 lain.(sebab 2 kite tgok lepas 2 tangan kite gatal nk usik orang...otak jadi beku dan perlakuan kaku...(blur..) dan bermacam2 lagi keje xberfaedah yg kite buat...

(agak2nye bile tulis post out ni,keje ni...berfaedah x???..hehe...)

so...kepada semua kawan2 & saudara saudari kite,ingat2 kan la di antara 1 sama lain tentang perkara2 yg kdg2 kite ambil mudah tetapi sebenarnye mempengaruhi diri kite,kehidupan harian kite..(ada yang sampai kdg2 tu,menguap mcm badak sumbu je lagaknye..jgn marah,cume sama2 kite memperbaiki kelemahan diri...)

A Simple Me..^_____^

Assalamualaikum...salam berpuasa,salam lebaran yg kian tiba. Tahun ni rasa x bersemangat nk raya,mungkin raya tahun ni bukan untuk ku. Mungkin dengan lambakan kerja dan kehidupan ku yg agak2 terganggu sejak akhir2 ni membuatkan aku rasa x bersemangat. Walaupun lagu raya dah berapa kali diulang tapi rasa x seronok. Teringat aku satu pesan,bila hati gundah gulana,zikir dan ingatlah kepada Allah,nescaya Allah sentiasa bersama kita. Satu ketika aku teringat, terimbas kembali saat beraya dengan kawan2 semaktab dulu. Indahnya zaman belajar. Sekarang zaman kerja pula. jadi,aku kena sesuaikan dengan keadaan sekeliling. Alhamdulillah,kawan2 di sekolah sangat membantu dan memberi semangat. Ada yang suka mengusik dan membuatkan aku x pernah kering gusi.(^_____^) Bila duduk sorang2 mcm ni,teringat kakak2 mengusik aku. Anak2 murid pun sekarang makin rajin buat kerja sekolah dan hasilnya,aku berpuas hati. Alhamdulillah,mereka tunjukkan kebolehan mereka dalam menjawab soalan ujian bulanan. Seronok dan menitis airmata bila murid yang di ajar lulus dengan baik. Syukur Alhamdulillah,rasa x sia2 mengajar sepenuh hati,itulah kepuasan seorang guru. Tiada apa yang di inginkan melainkan lulus dengan baik dan cemerlang. Senyum je cikgu bila tanda kertas ujian bulanan.Anak murid terima markah pun senyum je. Cakap tentang raya,tahun ni aku beraya kat Utara. Cuti sakan betul,cume kena siapkan kerja untuk di observe nanti. Biasalah tu,dah nama pun cikgu.Bujang ke,kawin ke semua ada kerja.tapi aku tak ambil pusing pun,insyaAllah aku cuba selesaikan sebelum sekolah mula. Bukan apa,kalau raya saja,xda kerja pun boring juga.Sekurang2nya takdelah lupa mcm mna nk tulis dlm Buku Ringkasan Mengajar.kekeke...(^_______^) Teringat pada encik A.senyap je dia berape hari ni,mungkin betul2 sibuk agaknya.aku sedang belajar memahami dia. Mungkin dengan cara ni kami lebih menghargai antara satu sama lain. teringin nk berbuka puasa bersama,tp takde kesempatan mungkin lain kali ade waktunya.Raya tahun ni kami sedondon warna purple,aik..mcm berjanji pulak. Kebetulan sebenarnya..Ayah ibu pun nk raya kt Utara tahun ni,siap bawak pakcik makcik lagi,riuhlah rumah kami nanti,dah lama x rasa suasana mcm tu. haaa...kebetulan pulak,tahun ni raya dengan family,tahun depan InsyaAllah beraya dengan suami,kekeke..Amin.Untuk semua rakyat Malaysia,yang beragama Islam,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,maaf zahir dan batin.Adik2 pun dh beratur hulur tangan nk duit raya,seronok betul bila adik2 balik.Ku panjatkan doa moga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Syurga.Amin..

Monday, July 30, 2012

Renungan Bersama..^__^

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

MENANTI JANJI BERTAUT..~

Assalamualaikum...morning dear...bangun hari ni rasa bersemangat..lagi2 bila bulan puasa..rsa cekang mata,xmau tido..Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi Allah memberi peluang untuk hati ini merasa kebahagiaan...dan aku harapkan kebahgiaan ini kekal hingga ke Jannah..itu doaku setiap hari..mengapa aku berkata demikian..hati ku telah dihuni..bukan makhluk perosak ye...tetapi seorang insan yg terbuka hatinya menerima segala kekurangan dan kelebihan ku..hakikatnya diri ku masih kekurangan.namun Allah telah kurniakan kepada ku seseorang untuk membimbingku dan menjadikan diri ku lebih baik..membentuk diri ku menjadi muslimah yg lebih baik,yang mengingatkan aku tentang dunia dan akhirat,yang sentiasa bersama ku saat aku jatuh di tekan kisah dahulu,dan dialah yg sudi menjadi pembimbing ku hingga ke akhir hayat ku..Alhamdulillah..sedar x sedar sudah beberapa bulan hidup menjadi tunangan orang,tipu jika aku katakan tidak pernah selisih faham,namun sabar yg ada dlm dirinya mengajar aku untuk menjadi sepertinya.saat aku murung,sedih dan marah...dialah penawarnya..setiap hari doa ku mohon agar Allah memanjangkan hubungan kami hingga ke syurga..kerana niat ku bukan untuk bermain cinta atau sekadar bermain kata,tetapi kini menuju masjid..itulah harapan ku setiap hari.Syukur..atas doa dan restu ayah dan ibu serta bakal mertua ku..insyaAllah..tanggal 14 Disember 2012 akan menjadi detik terindah buat ku dan dirinya.aku akan berusaha menajdi isteri yang terbaik buat dirinya dan mencuba membahagiakan dirinya sepenuh hatiku.insyaAllah..biarkan kenangan lalu tersimpan rapi,dan aku x mahu membukanya lagi,aku ingin memulakan hidup baru,bangun dari kekecewaan semalam, dan berusaha untuk melakukan yg terbaik utk bakal suami ku..InsyaAllah...to my dear Ali,terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.semoga kasih syg yg kita bina kekal hingga ke Jannah.kelak,bimbinglah aku dalam mencapai keredhaan Nya..amin ya rabbala'alamin..^_____^

Saturday, January 29, 2011

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya...

assalamualaikum...ohaiyoooooo...:)
wah!! seronoknye hari ni!!! kenapa ye?? adela~(eh2,aku jwb sendiri)huhu..xde ape sgt cuma hari ni tiba2 hati aku rase lapang sgt...macam ade satu benda yg lega sgt..huhu..tp kdg2 rsa mcm ade runtunan hati la..kenapa ye?hmm..malas nk fikir...tahun 2011 ni...xmau fikir yg menyedihkan dh.tutup buku lama n then buka buku baru.untuk tahun 2011 ni,aku berdoa dan berharap agar Allah mempermudahkan segala kerja2 kebaikan yg aku hasratkan..aku makin ingin mendekati Nya,buat persiapan untuk praktikum yg akan aku lalui beberapa hari je lg,buat persiapan untuk Action Research terchenta,hehe,mencuba untuk jadi lebih matang dalam kehidupan lagi2 bila usia mula nak mencecah 23 ni(hehe),mengeratkan silaturrahim sesama rakan kat maktab,memberikan yg terbaik untuk ibu & ayah ku yg sememangnya memberikan tanggungjawab kepadaku..insyaAllah,aku akan terus cuba untuk melaksanakannya. tahun 2011 ni jgk,aku berdoa supaya kehidupan ku lebih baik berbanding 2010,aku berdoa supaya hari2 yg aku lalui akan berjalan dengan lebih baik,aku berharap hati ni lebih tabah,lebih sabar,lebih redha dgn apa sahaja yg akn aku lalui,insyaAllah.semangat yg aku ada untuk buat yg terbaik untuk semester ni biarlah berkekalan sampai semester 8 nti..kawan2,doakan untuk saya ye...:)
ha..baru nk masuk ke tajuknye,td 2 sume muqaddimah.hehe..cakap tentang 'terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnye'.bercakap tentang ni,aku nk berkongsi sikit dengan kawan2 tntg ni,banyak pengalaman yg aku dapat tahun lepas (2010) & tahun2 sebelumnya,ade 1 kes,aku sendiri yg mengalaminya,tapi aku ambilnya sebagai 2 iktibar,ha...selalunye satu je kn,tp ni 2..benda ni blaku mase tahun 2008,di suatu petang yg nyaman,sedang aku leka dengar lagu smbil guna headphone,aku dgr ada org berborak,aku xkisah la..mula2 buat x layan je,tapi dalam masa berborak,aku tdengar sok sek2..xkisah lagi..dalam masa yg sama aku pelankan volume lagu yg aku dgr.rupanya,sedar x sedar ada hamba Allah yg tgh sedap bercerita tentang aku..aku xpercaya sebab selama ni aku sgt2 percaya pada die,aku hormat kt dia..tp ni yg aku dapat..aku rasa nk menangis masa 2..mungkin dia ingat aku pasng headphone & x dengar kot..tp 2 la,kuasa Allah.& sampai skrg,aku sukar nk mempercayai apa yg dia katakan bila bercakap dgn aku.syukur,sebab aku masih ada kesabaran bila berhadapan dengan dia..apepun,ingat2lah kawan2..sambil aku pn mengingatkan diri sendiri...hadoyai...dh ngntuk plak..oklah,lets sleep!hehe..nyte2 sume..syg kamu semua!salam..:)

Friday, January 14, 2011


kad 2 special utk ibu ku..^_^


wah!!the robotic! hehe ^_^


with mr.dustbin..hehe

Aku dambakan DUNIA itu..

salam...ape kbar smua?? huhu...dh lame rsenye x menulis or bt penulisan ni kn?hehe...sedar x sedar,dh setahun rupenye..cepat btul masa berlalu.kali terakhir coretan ku tntg kehancuran jiwa...tp sygnye,kali ni pn tntg kehancuran jiwa jgk..dn yg lebih sayu bila segalanya dh berakhir...berakhir?? ya....segalanya sudah berakhir..mst ade yg tertanya bagaimana ia berakhir? dengan mudah aku lafazkan..."biarlah..,aku x mahu mengenangnya lagi." bagi ku terlalu perit dan aku perlukan beberapa bulan utk mngubatinya..dn sepanjang beberapa bulan itulah,sedar xsedar hanya linangan airmata yg menemani malam2 ku..tp alhamdulillah,dengan bantuan kwn2,aku dpt bgun semula meneruskan sisa2 pengajian ku di sini..klu x,mungkin aku kini berada di hospital kerana bt pmbedahan mata sbb byk sgt menangis..huhu.bila difikirkan balik..alangkah kurang cerdiknya aku kerana menangis kerananya..tp apakan daya,saat 2 hanya baris2 keramat yg menghiasi jiwa,sebab 2 aku x mampu melupakannya,namun kini,alhamdulillah..aku bersyukur sgt2 kerana kehidupan ku kini lebih baik,aku akui,segala apa yang aku lalui sebenarnya menjadi satu pengalaman yg amat berharga utk diri ku.pengalaman yg mengajar ku erti lebih bersedia utk menempuh cabaran hidup,pengalaman yang mengajar aku untuk lebih bersedia utk dilukai bila aku sudah mula menyayangi..dan yg pasti,pengalaman inilah yg membawa aku lebih dekat kepada Nya..Subhanallah...segalanya telah Kau tentukan hanya yg terbaik utk hamba Mu..aku redha..dan saat aku tulis ini,senyuman kelapangan terterap pada wajah ku.Terima kasih Ya Allah..kerana cepat menyedarkan aku dari kealpaan ini.untuk dirinya,aku masih mendoakan kebahagiaan utk dirinya walaupun dgn siapa. utk kwn2 juga,doa ku sentiasa mengiringi kalian,semoga kalian bertemu dengan insan yg benar2 memahami diri kalian.satu pesan ku..TERIMALAH DIRINYA SEADANYA..kerana sekiranya kita telah menetapkan di hati,dialah selayaknya untuk kita,terimalah dirinya seadanya,andai ada kekurangannya,cubalah perbaiki sikit2,jgn terus kau minta perubahan drastik yg nti akan memakan diri sendiri,hargailah kelebihan yang ada pda dirinya,insyaAllah..segalanya akan menjadi lebih baik.jangan berat mengucap MAAF,jgn berat mengucap TERIMA KASIH,laluilah dgn keimanan,insyaAllah.."terang2 lampu bersuluh,walau luaran ku tenang tapi hati ku hancur luluh". apa lagi yg mampu ku katakan...tahun 2010,aku lalui saat2 yg cukup genting,makin menginjak dewasa,mkin aku cube menahan dugaan hidup.ape yg mampu aku ucap slalunya,"takpelah.."dan aku harap biarlah kata itu yg menjadi semangat dlm setiap langkah ku..buat ayah dn ibu,terima aksih kerana membesarkan aku(yg sememangnye besar)menjaga aku,melahirkan aku,sehinggalah sekarang..terima kasih x terhingga,utk adik2 ku,terima kasih juga kerana membuatkan zaman kanak-kanak ku begitu riang disamping kamu semua. buat rakan2 dr aku mengenali erti kawan hinggalah sekarang,terima kasih kerana kamu smua adalah sebahagian dari pengalaman hidup ku..ntah bile lagi dpt aku coret di sini..huhu,apepun terima kasih semua..bak kata loreal paris,"kerana diri mu begitu berharga"..take care semua..salam :)

Tuesday, October 6, 2009

Mencari cinta hakiki..

salam..
kali ni aku mencoret dalam hati yg masih gundah gulana..ntah la,smpai bile keresahan ni akn berakhir..jwpnnya...ada pada diriku sendiri..saat tangan mula menaip bicara dan hati terus memendam cerita...aku tetap dgn laptop ksygn ku...dn menghadap blog kesyanganku...tmpt aku meluah cerita mencurah rasa...sedar x sedar..sudah 4 bulan aku mengenali seorang insan yg kini istimewa dalam hidupku..mengenalinya membuatkan aku xpernah sunyi bila bersamanya...jarang diam bila bersua dan pasti kekekan tawa bergema..sungguh...insan ini telah mencuri hatiku,sebagaimana dirasai insan lain...aku juga begitu.tipu jika aku katakan aku tak bahagia dan dusta bila aku katakan tiada sengketa..namun itulah kehidupan. perkenalan yg tjadi membawa hatiku terus dibuai mimpi..senyum dan tawa setiap hari dan itulah insan penghibur dikala sunyi..yg nyata,aku bahagia bila dia gembira. tapi sayangnya...langit tak selalu cerah,hujan yg turun xsemua basah..dalam aku cuba mencari kebahagiaan,dugaan demi dugaan datang melanda. kadang kala aku tertanya,dimana silapnya? hm...tp siapalah aku untuk menyalahkannya kerana bagiku tak semua yg kita mahu akan dapat kita miliki...begitu juga cinta...walaupun kdg kala kita merasakan dia lah yg terbaik utk kita tapi Yang Maha Esa lebih mengetahui setiap perjalanan hamba Nya..dan aku memulakan langkah mengundur diri,mengharapkan agar hati dapat aku ubati sendiri..bukan kali pertama tp aku tetap terima apa yg terjadi..namun,buat mu insan istimewa,aku tak pernah menyalahkan dirimu,dirinya mahupun sesiapa.mungkin ini telah tertulis utk ku dan aku tak pernah menyalahkanNya atas apa yg terjadi.aku terima dengan hati yg tbuka dan mengharapkan masih ada sinar bahagia utk ku teruskan kehidupan yg singkat bagiku. aku harapkan dapat terus menjadi insan yg terbaik utk mu dan yg pasti utk keluarga ku. perjalanan ku masih jauh dan masih ada tanggungjawab yg perlu aku pikul yg hanya aku seorang merasainya. namun,aku tahu,aku takkan boleh mengundur diri,tp biarlah aku menjadi seorang sahabat kepada mu. izinkan aku menjadi bahu tempatmu menangis dan teman dikala kau sunyi. andai ada masalah yg menimpa mu,aku akn terus membantu selagi ada hayatku. dan aku mengharapkan hanya kebahagiaan yg terus mengiringimu. apapun..terima kasih teman atas bantuan yg kau berikan. aku hargainya. cume pesanku utk dirimu dan juga buat sahabat2 ku yg lain..hargailah sahabat2 kita kerana kita belum tahu yg akan datang nanti lebih baik utk kita atau sebaliknya. dan aku di sini..tetap meneruskan hidupku. walaupun kasih syg itu bukn milikku lagi. aku terus mencari cinta hakiki..yg pasti cinta pd Ilahi..hanya pada Dia tempat aku ceritakan segalanya.Dia yg memahamiku.Dia yg menciptaku.Dia yg mengetahui isi hatiku.Dia yg menentukan kisah hidupku dan pada Dia tempat aku mengadu. aku kongsikan luahan ini bukn utk mencerca tp utk ingatan kita bersama. doaku agar kebahagiaan akn terus menjadi milik kita dan yg lain. buat dirinya,izinkan aku mengundur diri.andai sudah ditetapkan bersama,takkan lari gunung dikejar. maaf jika aku pernah berbuat salah pada sahabat2 ku. aku akan belajar menjadi insan baru yg lebih tabah dalam menempuh kehidupan yg makin mencabar buat aku. terima kasih kerana pernah menggembirakan hati ini. buat teman2 teruslah mencari cinta hakiki,nescaya kasih sayang dari Nya akan kau miliki...utk hati...teruslah tabah dlm menempuh ombak duniawi..salam.

Tuesday, September 29, 2009

HeartLess...

salam..
rindu nk mencoret datang lg..hehe.kali ni dengan semangat baru yg berkobar-kobar..tp..dalam keadaan aku yg masih kebingungan...(tu dia..) bkn pe..mcm xcaya..cpt btul msa bjalan..lip lap2..dh hr selasa..alahai...keje lg la nk kne siapkn cepat2...adei...poning palo den!! hehe...apepun..aku tgh heartless sbnrnye ni..HEARTLESS??!! yup..nk kta suke pn x..nk kta sedih pn x..aku pn xleh jelaskn pe yg aku rsa ni...cume..aku semakin bhati2 dlm mnempuh khidupn ni..waktu aku tulis ni tgh sejuk...bru lepas hujan...seronok tgok hujan turun...rsa nk g main je hujan 2...tp bdn ni dh letih sgt..nti demam plak..haru biru..keje kemane...ape benda pn xsiap...naya! bercakap tntg hujan ni..mengingatkn aku pd ssorg..ssorg yg aku rindu sgt nk jmp...sygnye...dia dh xde...(sedih ni...) bkn pe,dlu msa die ada,waktu hujan cmni la ktrg slalu duk tepi pgar rumah,pas2 citer tntg zmn kcik2 aku...memg layan la...smpai hujan bhenti..tp 2la...slalunye org yg kite syg ni,cepat btul die pegi..(hilang sudah tmpt berpaut..) hm...minggu ni,minggu paling busy utk aku..pucuk pangkalnye...aku kne siapkan projek seni aku...jeng3...arca asmblaj..penat?? hm...toksah ckp le...memg penat...dan akibatnye...hbs jari aku sume luka2...dh la hati dh tluka...ni jari pn tluka..mkin mnjd2 la kelukaan aku...ape nk bt...?(dh naseb bdn...) psl projek seni kali ni...agk heavy la tugasannye...kne bt arca asemblaj,anyaman buluh ngn tembikar...mne x serabut..huhu..cikgu seni la katakan..(nsb baik msh dpt beza mne laki mne pmpuan..) mybe bukn stakat aku je yg rsa cmni...even kgkawan yg lain pn mcm 2 jgk...apepun..layan..jgn lupe mkn minum udah la ye...hehe..chaiyok2 nad!!...namun..dlm semangat nk menyiapkan arca ngn keje yg lain..terselit satu perasaan yg aku sndiri susah nk describe..cume boleh aku nyatakn...SAYU...yup..kesayuan menerjah hati..kdg2 smpai mampu bt aku tmenung panjang...(ape yg dh jd??..) hm...biar aku smpan sorg2 ek..ntah smpai bile rsa ni nk hilang..kdg2 rsa terikat dgn keadaan..hny kesabaran yg aku hrpkn smpai la hbes semua ni...kne pandai2 motivate diri sndiri le..klu x..memg skrg ni aku dh hilang ingtn kot..huhu nsb bek jgk..ade kgkwn yg baik hati...tolong aku,bg smngt kt aku dan kdg2 sntiasa bsama aku wlaupun dlm keadaan susah...thanx a lot...hm..pasal heartless ni...bukn pe,aku tulis ikut mood..xpela...aku hrp smua dpt bjalan dgn lancar nti..nyway..buat kengkawan yg slama ni tolong aku dr asgment smpai la keje projek seni ni...thanx sesangat...hm..buat sorg insan istimewa yg xpenah jauh dr hatiku..thanx jugak..sbb slalu bg smngt bile aku dlm ksushn dn ksempitan..huhu..ok..take care semua..senyum2 slalu..sbb...'senyum 2 mampu mengubat sekeping hati yg hancur dipukul ombak duniawi..' ok..salam rindu utk semua...daaa..^_^

Saturday, September 26, 2009

Akukah yg melukut ditepi gantang??

assalamualaikum..
ape kbr kengkawan aku sume?hrp2 korg berada dlm keadaan yg sht la hendknye...
hm...kli ni kite btemu lg..dan aku mengadap 'cinta' aku yg xpenah jemu mengadap muka aku ni...(my laptop)..hr ni hr rya yg kelapan...dn semakin hr semakin aku belajar mengenali erti kehidupan...smkn aku mngnali erti kesabaran..semakin aku bljr erti pengorbanan..msa aku tulis ni..aku tgh rindukn ssorng...dn msa aku tulis ni aku tgh msj dgn die..hm..sygnye...np semua berakhir mcm ni..?? jwpnnye..aku sndiri pn xtau..cume aku slalu fkr..mgkn ada yg lbh baik mnunggu aku..atau mgkn ni dugaan utk tgok sjauh mne aku mampu btahan utk die..hm...bile tgh ade prob2 mcm ni la aku tringt arwah pkcik aku...kn best klu die ada...slalunye..pd die jela aku luahkn mslh aku..skrg...pada laptop nila aku luahkn mslh aku..hm..smlm...ada 1 cerita sedih yg aku lalui..tp sygnye..aku lalui dlm keadaan aku yg mcm ni..xpela...aku terima..should i tell my story??ntah la...mgkn lbh baik aku smpn sorg2..xtertanggung rsanye bile jd mcm ni..sakit...(tp Allah kn ada...)..huhu..aku ngaku...I'm fall in love with someone...(jgn gelak tau!!) he such a nice man..walaupn kdg2 die nakal,tp 2 la yg slalu bt aku tsengih sorg2 bile teringt die..hehe..gelak tawa die,perangai die yg suke bt aku gelak,giler2 perangai die...2 la mampu bt aku rsa kdg2 susah nk bjauh dgn die..tp..ntah la...xtau kt mne silapnye..satu cinta boleh hancur dlm msa 1 hr..(pelik??tp 2 la yg jd..) kdg2 rsa dh twr hati nk bcinta lg..tp...(byknye tp...) 2 la...aku ni jns..klu dh sorg yg aku syg...die je la yg akn aku syg...sma yg jd kt arwah along dlu..(korg nk tau tntg arwah along 2?nti aku cter len kali)..hm..apepun..LIFE MUST GO ON!!! dan bg aku...xnk menoleh ke belakng lg..(bukn nmpk hntu...) tp ape yg aku lalui skrg,aku akn terus lalui..psoalannye..smpai bile hrus aku btahan?? aku sndiri pn xtau...buat kengkawan sume...hargai la ape yg kite ada skrg..sbb kite xtau yg akn dtg nti lebih baik utk kite atau sbaliknye..utk "dia"..sukar utk aku ucapkn slmt tggl...tp...ape yg jd,kite jdkn pngajaran..'should i say..selamat tggl cinta?'..xboleh...sbb hati aku msh milik die(ayt jwang gler...) hehe..ok.till we meet in da next 'luahan perasaan'..salam..daaa...^_^

Wednesday, August 12, 2009

SelamaT Kembali!! Jiwa Baru!!!

assalamualaikum..
hye2..bertemu lg kite dlm ruangan ni...hari ni hari khamis 13 Ogos 09..permulaan pagi yg menyeronokkan,rsa seronok sgt hari ni...xtaw nape...agaknye sebab nk balik rumah dh kot..xsabarnye nk buat SBE kt sekolah sendiri..kesimpulannye tak sabar nk jd cikgu!!! whew!!! hari ni aku nk bkongsi cerita dengan korang sume tentg pengalaman yg bru aku lalui,hari 2, 7-9 ogos aku ada g BIG kt Baling..memg best la!! rsa xnk balik pun ade...nk tau nape?? mne xnye dgn keriuhan org kampung menyambut kami,makanan2 yg memg mbuatkan aku tak pernah lapar,xtiviti yg memg best..de sukaneka..de aerobik..memacam lagi la...(macam Astro) haha..klu bab makan 2..no 1 la...laju je..mne xnye,lauk2nye sedap2...kecur liur nengoknye..hehe..pengalaman dgn kengkawan lg la best!! jumpe mak ayah angkat,pakcik makcik yg memg sempoi giler la...memang org2 kampung yg sporting...bile duk sekali dgn diorg..rsa mcm balik kt rumah plak..hm...time2 ni la aku rindu kt family aku...dh lame sgt xbalik..agaknye cmne la rupe adik2 aku..hehe..pe kabar la kengkawan aku kt sana 2..hm...(ni dh start nk merapu la ni...kiki..) start dr 4 minggulepas,asyik xlekat je aku kt bilik bile hujung minggu..ade je koje nk dibueknyo..haha..mule2 pg Port Dickson,pas2 pg Kuala Kangsar plak,pas2 sambung lg pg Penang,pas2 sambung lg pg Baling....wowowo...memg berjalan sakan la sebulan ni...dan alamatnye...duit pun berjalan jgk la...haha....(rajin berjalan,luas pemandangan,duit byk dikeluarkan..haha) apepun..LIFE MUST GO ON!!! xsabarnye nk balik rumah...yeye!! xsabarnye nk puase(sbnrnye xsabar nk tggu bukak puase..kiki) ok la...nti2klu free2,aku corat coret dlm ruangan ni lg...utk kengkawan yg sentiasa prihatin dgn perubahan aku..(ek??) thanx a lot..aku hargainya...salam kerinduan buat semua kengkawan and mysweetheart yg jauh dimata dekat dihati...dekat dimata,dekat lg kt hati..huahuahua..ok..assalamualaikum..(^_^)

Friday, July 10, 2009

kehidupan Baru..

salam... pe khabar semuanya..? harap2nye semua sihat...
aku kembali lagi..menulis luahan yang x seberapa..kehidupan2 yg aku lalui kini..
hari ni,hari sabtu...hari utk berehat..yg pasti hidup aku kembali riang kini...nk tau kenape??..huhu...adela..anyway,aku dapat meneruskan kehidupan aku di IpGM kesayangan ku ini..tanpa gangguan sesiapa..tapi,kadang2 terdetik jugak kt hati ni..tak sedih ke aku dengan ape yg berlaku? sedih?? hm...mungkin tak...sebaliknya aku bebas...namun bebas ku tak lah sebebas bagai burung di udara...sebaliknya macam layang2...dilepas melayang tapi masih ditarik2 jugak..masih ada batas la jawabnye...hm...ape yg aku merapu ni...walaupun aku rsa gembira tp dlm hati aku masih teringat masa2 lepas.masa2 yg menyakitkan aku...masa2 yg banyak membuatkan aku seringkali makan hati..seringkali mengalah atas kemahuan orang lain..dan kadang2 sampai mampu merendahkan maruah aku sendiri ..tp utk ssorang ni aku mampu buat...hanya kerana takmahu lukakan hatinya..tapi sekarang..aku menjadi diri aku yg baru...semangat yg baru yg berpunca dari dia..kerana kata2 dia dulu aku menjadi lebih tabah,lebih berani dan aku tak mahu ditindas lagi..aku bahagia dengan diri aku sekarang.dan aku akan terus macam ni...buat dirinya...aku doakan kau berubah...salam

Friday, April 17, 2009

Diri mu sentiasa dalam kenangan..Al-Fatihah..

assalamualaikum...
salam kerinduan buat sahabat2 ku...
semalam ada cerita sedih yang bermukim dihati..nyata aku sendiri tidak dapat membendung perasaan sayu ini,perasaan sayang yang Allah telah berikan menjadikan aku insan lemah sebegini..17 april 2009 merupakan hari yang akan ku ingati..aku kehilangan seorang guru,seorang pensyarah dan pastinya institut perguruan perlis kehilangan sebutir permata yang selama ini bersinar cantik dimata kami semua..pemergiannya x kuduga...nyata Allah lebih menyayanginya...mengenali Puan Puteh seakan mendapat seorang ibu di sini..bagiku,arwah seorang yang berdedikasi dalam kerjayanya,sentiasa bersungguh2 dalam menyampaikan ilmu kepada anak didiknya termasuk aku..menjadi pelajarnya tak pernah membuatkan aku bosan menatap wajahnya setiap kali kelasnya bermula.malah aku seronok dan memahami segala yang diajar oleh arwah Puan Puteh..namun,semalam Allah lebih menyayanginya..
masih ku ingat kata-katanya sewaktu di dalam kelas llmu Pendidikan,"kalau orang yg pekak dan bisu,cara mereka menyatakan sesuatu seperti bertepuk tangan,mereka akan menggoyang-gayangkan tangan mereka seperti orang menari sahaja lagaknya."
sememangnya arwah seorang yag memahiami pelajar2nya,walaupun kadang kala terdapat di antara rakan2 ku yang lewat masuk ke kelasnya,arwah x pernah marah malah arwah pernah berkata,"x mengapalah,mungkin semalam kamu penat buat assignment sampai xtdo ye..xpe,saya faham...".sayu hatiku bila teringat kembali kata-katanya.
namun aku tahu,kehilangannya tidak akan mematahkan semangat ku untuk terus mempelajari subjek yang pernah diajarnya,malah aku sendiri berazam untuk membuat yang terbaik dalam subjek ilmu pendidikan ini nanti,sebagai tanda terima kasih aku padanya yang selama ini xjemu mengajar aku dan sahabat2 ku yang lain..
dan aku akan terus mengingatinya sebagai seorang pensyarah yang istimewa dalam hatiku..
buat arwah Puan Puteh..moga dirimu dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi para soleh dan solehah...Al-Fatihah..
salam..

Wednesday, April 15, 2009

Sama-samaLah kiTa HayaTi..

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Wassalam,"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu,Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu "Subhanallah...

Friday, April 3, 2009

tabahkan hatiku...

salam...
pe kabar sumenye..dh lama sgt x hntr post out ni..
aku harap sume kwn2 berada dalam keadaan sihat hendaknya...
huhu..mcm nk tulis surat kt sahabat plak..hehe
kengkawan sume pe citer..?time aku mencoret dlm ruangan kali ni bukn ape,agak keboringan sebenarnye...tension dn mcm 2 lg menghantui diri...(ayat novel la plak...)
aku baru sje melepasi satu ujian yang bg aku maha hebat,syukur Allah masih sayang pada aku..
2 mnggu lepas merupakan minggu yg penuh dgn airmata...huhu...Alhamdulillah,skrg dh ok sket...bermuladgn mslh painting,amali seni kali ni adelah....PAINTING!!!!..adei...painting???pantang aku dgr...klu boleh nk lari 30,000 meter jauh dr painting 2...aku lebih rela study mengadap buku rujukan dari bt painting...xtually,dats me...2 la aku..bg aku keje painting 2 menyesakkan jiwa...kacau bilau jiwa aku bila painting x jd!!!haru....biru...(mcm lagu OAG)..tapi kuteruskn jua lgkh ini..membuat muka tembok mengadap kain belacu yg dh disapu cat emulsion 2 dgn penuh sabar dan taqwa..huhu..
dgn lafaz Bismillahirrahmanirrahim...aku mula melakar lukisan ku di atas hamparan 2...terketar ketar tgn ni time melakar 2..mcm aku plak yg nk g khwn..haha...akhirnya...selepas 2 minggu mengadap painting kesayangan ku,aku akur bahawa aku budak seni..skrg,hampir 50% dh siap,tinggal nk touch up background dn sket2 lg je..syukur..aku masih diberi peluang untuk meluahkan idea yang selama ni tpendam utk painting aku 2..terima kasih sgt kt kwn2 yg byk tolong aku dr potong kayu smpaila ke hari ni..jasa mu xterbalas oleh ku..
hm...2 pasal painting kesayangan ku...ni plak pasal ssorg yg aku sayang sgt..(bukn cinta)...
aku nk tny ape perasaan korng bile korang fhm orang,tp org xfhm korg..??
agak2 boleh jd volcano x bile die xfhm kite...?
dat is wut happen 2 me last week...hm...hny kerana aku x pandai melawan dn membantah pkara yg aku x suke,senang je org nk pijak kepala aku...aku sedar,diri aku sape,tp aku pn ade perasaan gk..buknnya mcm arca yg aku buat 2..yg 2 heartless...tp sygnye...aku xberani meluahkn kata...aku hny biar diri aku mnjdi mcm bola sepak,nak main..main,klu xnk sepak je sana sini...
xpe..Allah kn ada...skrg ni myb msa ko,nti msa aku plak..aku cume boleh doakn..jd lah insan yg memahami...(coz u r not in my shoe)..ko xpenah tau ape yg jd..hurm...sabar je la...
namun aku msh bsyukur sbb ade lg hamba Allah yg len yg sudi memahami aku..
tapi aku masih mcm ni..still the same me..dn aku doa biarlah aku terus begini..
ok...aku nk kne turun,dh jnji dgn kwn aku nk turun main...sampai jumpe lg in da next 'luahan perasaan'..salam persahabatan...
salam..^_^

Saturday, March 7, 2009

..BERINGAT sebelum TERKENA!!!!...

salam...
ogenki des ka?(ape kbr)
selamat pagi..!!!
wa...bestnyer hari ni...bukan ape,xsabar rasenye nk balik rumah...
rsa mcm dh setahun xbalik,padahal bru sebulan lebih...memg giler kentang!!!...
hr ni 8 mac 2009...selamat hari lahir untuk seorang sahabat aku ni....semoga dia dlm keadaan yg sejahtera & dimurahkn rezeki...amin...
esok plak,maulidur rasul...lusa nanti nk pg sbe...huhu...bestnyer...
'selamat pagi cikgu'...itu yg sinonim sebaik sje kite masuk ke dlm kelas nti....
aku merapu ape pagi2 ni ek..?
sbnrnye ada kisah yg aku nk ceritakan utk korng yg membaca ruangan kali ni...
semalam ada satu cerita sedih yang agak mengerikan jgk...
nak tau ape dia..? ACCIDENT....(aku x sanggup tgok)
xcident 2 pasl 2 buah mtosikal,bnda ni jd msa ktrg ondaway nk g RFC shahab Prdna,alor staq..
dh la mlm semalam hujan...sesampainye ktrg kt tmpt 2,kebetulan lalu...aku dapat lihat 2 org penunggang mtorsikal tgh terbaring...sorg kt bwh pokok tgh bteduh bwh payung,tp yg sorg lg kt tepi jalan...telentang..meronta-ronta brother ni sebab sakit sgt...yg aku sempat pandang..muka dia yg berlumuran darah...sakit!!!die menggelupur menahan sakit...Ya Allah,kalau aku la yg kne dh meraung agaknye...yg peliknya xde plak org nk payungkn brother 2...
sbb x sanggup tgok pnderitaan die,aku toleh tempat lain....
aku doakan brother 2 selamat...amin...
pengajaran jgk 2..len kali sblum naik ape2 knderaan sekalipun walaupn gerek..bcalah doa naek kenderaan...(xcident @ x,Allah yg tentukn...) klu bnda nk jd,jd jgk...
kpd penunggang dan pembonceng atau pemanduape2 kenderaan skalipn..
hati2 tau...kadang2 kite yg bjaga2 tp org len x bjaga,msh boleh jd kemalangan jgk....
so,jgn pandu laju2...'ingtlah org yg tersayang'...amal ibadat pn xcukup lg...
mari kita sama2 mengingatkan...
ok...smpi sni je utk ruangan kali ini...
mohon kemaafan andai terkasar bhs...
till we meet again in the next 'luahan perasaan'..
salam..^_^

Sunday, March 1, 2009

a poem for you..

salam...
sajak ni aku tujukan khas buat sahabat2 aku;
yg bestnye sajak ni memng kne dgn hidup aku,
jd hayatilah sajak ni.
[terima kasih pd insan yg mberikan sajak ni]
aku menghargainya..

what was the start of all this?
when did the cogs of fate begin to turn?
perhaps it is impossible to grasp that answer now,
from deep within the flow of time...
but for certainly,back then,
we loved so many,yet hated so much,
we hurt others and we hurt ourselves,
yet even then,we arn like a wind,
whilst our laughter echoed,
under Cerulean skies..

best kn?...hayati sajak ni k
salam...

Thursday, February 19, 2009

i miss you...

salam...
hm mst korg tertny2 kn knp aku tulis 'i miss you'....
jgn slh sangka,xtually i miss you 2 ku tujukn khas buat ssorg yg telah pergi meninggalkan aku...
my late uncle...hm...aku rindu la kt die...dan bila aku rindu hanya al-fatihah yang dapat aku sampaikn pd arwah...skrg ni..time2 tgh serabut ni la aku teringat die,kn bgus klu die ada...dengan assignment yg semakin menimbun,aku teruskan jgk buat keje 2 smpi hbes,ni pn curik2 online internet sbb dh bosan xtau nk bt ape...tp,nk jdk cikgu kne la belajar terima semua ni...heheh...ganbate!!!ganbate!!! jgn putus asa...buat arwah pkcik ku yg slemanya aku ingati...Al-fatihah,moga roh mu dicucuri rahmat-Nya..salam..